Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
durioo+ baru

Durioo+ Akan Hadir Dengan Wajah Baharu Mulai 2025

Diterbitkan Disember 23, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Aplikasi penstriman video kanak-kanak, Durioo+ akan hadir dengan rekaan serba baharu pada pertengahan Januari 2025.

durioo+ app lama – 1
Antara muka sedia ada.

Rombakan ‘layout’ ini dikatatakan menggabungkan antara muka Netfflix dan YouTube Kids, lantas memudahkan ibu bapa dan anak-anak untuk menavigasi keseluruhan aplikasi.

Sumber berkata, antara muka baharu ini sesuatu yang 180 darjah berbeza berbanding sekarang, “all-new Durioo+” katanya.

durioo+ app lama – 6
Antara muka sedia ada.

Menariknya, versi baharu ini kelak akan beroperasi secara vertikal (portrait), seperti mana kemas kini aplikasi YouTube Kids beberapa minggu lalu.

durioo+ app lama – 2

Selain memudahkan, pengguna juga akan terus disajikan dengan poster animasi/filem di halaman utama, sama seperti aplikasi Netflix ketimbang UI sekarang yang lebih menumpukan kepada butang kategori berbanding artwork filem/siri animasi itu sendiri.

sirah nabawiyyah durioo

Kami juga difahamkan selain konten video, antara ciri tambahan baharu yang belum pernah dilancarkan mereka ialah konten seakan kelas mengaji atau KAFA di mana ada ciri khas untuk membantu anak-anak menghafal doa dan surah.

durioo+ app lama – 3
Antara muka sedia ada.

Ini sebenarnya iterasi kali ketiga aplikasi Durioo+ di mana pada pertama kali pelancaran mereka, Durioo+ menggunakan Vimeo dan kemudian versi sekarang pula (kedua) barulah ia dihasilkan 100% dengan tenaga kerja dalaman (in-house).

ilm durioo

Imej dan tangkap layar yang lebih terperinci akan kami kongsikan dalam artikel seterusnya apabila ia sudah bersedia dikongsi pada umum.

alif satar ilm durioo

Durioo+ telah mengadakan Durioo+ Demo Day di mana beberapa keluarga telah dijemput untuk mencuba sendiri versi yang akan dilancarkan Januari nanti dan dalam waktu yang sama memberi maklum balas secara langsung.

durioo wajah baru
Antara muka akan datang Januari 2025.

Untuk makluman, Durioo+ ialah produk daripada pengasas Omar dan Hana dan pengasas bersama Didi & Friends.

Jika anda belum pernah mencuba Durioo+, mereka sedang menawarkan 7 hari percuma melalui pautan INI.

Berkaitan

  • Durioo+ Sebuah Platform Penstriman Untuk Kanak-Kanak
  • Durioo+ Mula Tayang Animasi Berkisahkan Sirah Nabi Mulai 25 Oktober Ini
  • Selepas BoBoiBoy dan Ejen Ali, Ini Satu Lagi Animasi Tempatan Yang Mungkin Jadi Tumpuan Seterusnya
  • Episod Terakhir Animasi ILM: Kebangkitan Khalifah Akan Ditayangkan Pada Disember 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY