Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Meizu 15 Plus Tertiris, Mirip Rekaan Mi Mix 2

Imej Meizu 15 Plus Tertiris, Mirip Rekaan Mi Mix 2

Diterbitkan Disember 10, 2017 · Dikemas kini Disember 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Tahun hadapan Meizu bakal meraikan ulangtahun mereka yang ke 15 dan bersempena dengan itu, mereka dilapor akan mengeluarkan sebuah peranti edisi istimewa.

Peranti terbabit dipercayai akan diberi nama sebagai Meizu 15 Plus dan terkini, imej telefon berkenaan dikatakan sudah mula tertiris ke internet.

Melihat kepada imej diatas, model flagship bakal menampilkan rekaan skrin penuh dengan bingkai yang sangat nipis disisi serta bahagian atas. Ia hampir mirip kepada rekaan dari Xiaomi iaitu Mi Mix 2.

Imej Meizu 15 Plus Tertiris, Mirip Rekaan Mi Mix 2

Dibezel bahagian bawah, kelihatan butang patah balik, serta butang pilihan dan nampaknya Meizu mungkin mengekalkan pengimbas cap jari dibahagian hadapan.

Rekaan belakang menghadirkan tetapan dwi kamera secara menegak dan dibawah lensa itu terletaknya fungsi flash dan laser focus, mungkin sama seperti yang ada pada Meizu Pro 6.

Bocoran imej ini turut mempamerkan harga jualan peranti itu di China dengan harga permulaan sekitar 2999 yuarn (~RM1848.49) hingga yang paling mahal 3499 yuan (~RM 2156.67). Selain mungkin hadir dengan dua jenis versi, tidak ada lagi maklumat tentang spesifikasi telefon ini.

Apa pendapat anda tentang rekaan Meizu 15 Plus ini?

Sumber: It Home

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY