Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Janaan Gemini Kini Boleh Disunting Terus Ke Dalam Canva

Imej Janaan Gemini Kini Boleh Disunting Terus Ke Dalam Canva

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh ariff bukhari

Canva melancarkan integrasi baharu dengan Google Gemini, menjadikan reka bentuk digital lebih mudah, pantas dan konsisten dengan identiti jenama.

Menerusi Connected App untuk Google Gemini, integrasi baharu itu membolehkan pengguna Gemini menjana serta menyunting rekaan Canva secara terus dalam ekosistem AI berkenaan tanpa perlu beralih platform.

WhatsApp Image 2026-05-20 at 14.55.21

Keistimewaan utama ialah pengguna kini boleh mencari kandungan Canva, menghasilkan rekaan boleh sunting dan menukar imej yang dijana model Nano Banana kepada reka bentuk berlapis yang boleh diperhalusi serta diterbitkan dalam Canva.

Ini sekali gus memberi kawalan kreatif penuh kepada pengguna untuk menyesuaikan hasil mengikut keperluan.

Imej Janaan Gemini Kini Boleh Disunting Terus Ke Dalam Canva
Magic Layers mampu memecahkan imej AI kepada elemen boleh digerakkan dan disunting, sekali gus memberikan kawalan kreatif lebih tinggi kepada pengguna.

Selain itu, integrasi ini turut disambungkan dengan Brand Kit Canva, memastikan setiap reka bentuk yang dijana selaras dengan logo, warna dan tipografi rasmi sesebuah organisasi dan jenama.

Imej Janaan Gemini Kini Boleh Disunting Terus Ke Dalam Canva

Pelancaran bermula pada 19 Mei 2026 di pasaran berbahasa Inggeris, dengan peluasan ke seluruh dunia dalam masa terdekat.

Integrasi Canva–Gemini ini sekali gus membawa reka bentuk AI ke tahap baharu dengan menjadikan suntingan lebih mudah, pantas dan lebih fleksibel.

Berkaitan

  • Google Perkenal Dua Ciri Baharu Gemini - Canvas, Audio Overview
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Huawei Lancar Jam Tangan Bernilai RM17,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY