Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Awal Meizu 15 Plus Menampakkan Rekaan Skrin Penuh Yang Cantik

Imej Awal Meizu 15 Plus Menampakkan Rekaan Skrin Penuh Yang Cantik

Diterbitkan Januari 23, 2018 oleh Wiser MY

Pengeluar telefon pintar dari China, Meizu baru-baru ini telah melancarkan Meizu M65 dan dikhabarkan akan mengeluarkan satu lagi peranti telefon pintar, Meizu 15 Plus. Terdapat beberapa imej awal yang tertiris mengenai peranti ini sebelum ini namun kali ini, imej yang tertiris tampak lebih menarik dan cantik.

Meizu akan menyambut ulangtahun ke-15 mereka tahun ini dan pelancaran Meizu 15 adalah meraikan sambutan ulangtahun mereka. Peranti tersebut dijangka akan mula dijual di pasaran pada bulan Mac 2018.

Imej Awal Meizu 15 Plus Menampakkan Rekaan Skrin Penuh Yang Cantik

Imej awal Meizu 15 menampakkan rekaan bingkai nipis seakan-akan Samsung Galaxy S8. Besar kemungkinan, kamera dan sensor-sensor lain akan diletakkan di bahagian atas skrin paparan.

Untuk panel belakang pula, terlihat 2 kamera diletakkan sekali memungkinkan peranti ini akan menggunakan dwi-kamera utama. Di bawah modul kamera, terdapat pengimbas cap jari yang akan digunakan sebagai sistem nyahkunci peranti.

Peranti ini dikhabarkan akan dipacu menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 845 atau cip Exynoss 8895 Samsung. Ini bermakna, peranti ini diletakkan pada kelas utama mencerminkan harga jualan yang akan ditentukan.

Harga jualan boleh bermula dari RM 2,200 dan akan dilancarkan oleh Meizu pada musim bunga ini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY