Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
phone scam

Ikuti 8 Langkah Ini Jika Anda Terima Panggilan Atau SMS Dari “Pegawai Kerajaan”

Diterbitkan Jun 8, 2022 · Dikemas kini Jun 8, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan atau SMS dari individu atau nombor yang menyamar sebagai pegawai daripada badan agensi kerajaan.

Bagi membantu orang ramai, MCMC memberikan panduan khusus sebagai langkah berjaga untuk orang ramai mendepani panggilan atau SMS yang diterima dari individu yang menyamar itu.

1. Jangan gelabah

  • Jika anda ada menerima panggilan atau SMS dari nombor yang tidak dikenali, anda diminta untuk jangan panik. Sebaliknya, bawa bertenang

2. Tak perlu layan 

  • Anda boleh sahaja memutuskan panggilan dan abaikan SMS yang diterima itu

3. Jangan patuh

  • Jangan sesekali mengikut arahan pemanggil atau penghantar SMS

4. Lindungi data peribadi

  • Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pemanggil atau
    penghantar SMS

5. Cabar balik

  • Cabar pemanggil berkenaan untuk mengesahkan maklumat

6. Catat info penting

  • Tulis butiran pemanggil atau penghantar SMS (merangkumi nombor
    talian dan nama) bagi tujuan rekod sekiranya diperlukan

7. Laporkan

  • Laporkan panggilan dan SMS tersebut kepada pihak Polis untuk
    tindakan segera

8. Kongsi pengalaman

  • Kongsikan pengalaman yang dialami dengan keluarga dan rakan,
    sebagai usaha memberikan kewaspadaan agar mereka tidak
    menjadi mangsa seterusnya panggilan dan SMS yang tidak dikenali.

Semoga dengan tips ini, orang ramai menjadi lebih bijak dan bersedia berdepan dengan penyamaran melalui panggilan telefon. Sekaligus mengelakkan dari menjadi mangsa penjenayah siber.

Bagi mereka yang pernah menjadi mangsa penipuan, anda dinasihatkan untuk segera melaporkannya kepada pihak polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1159 atau 03-2610 1599

Sumber: mcmc

Baca juga:

  • Ini Senarai Telefon Pintar Yang Masih Belum Sokong Servis 5G Di Malaysia Setakat Ini
  • OPPO Find X5 Pro Kini Menyokong Rangkaian 5G DNB, Ini Cara Aktifkan
  • Celcom Akan Tepati Tarikh Akhir 30 Jun Sertai DNB – Axiata

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY