Apple Hentikan Semua Jualan Produk Mereka Di Apple Store Rusia

Hari ini sah yang Apple telah menghentikan semua jualan produk mereka seperti iPhone, iPad, Mac produk lain di laman rasmi Apple, Rusia. Setiap pembelian cuba dilakukan akan dipaparkan dengan notis "delivery unavailable".

Minggu lepas, Naib Presiden Ukraine, Mykhailo Fedorov telah menghantar surat kepada Tim Cook, CEO Apple untuk hentikan jualan dan menyekat akses AppStore di Rusia.

Berikutan surat yang dihantarkan, Tim Cook telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu Ukraine. Bahkan, Apple juga telah melumpuhkan semua kejadian dan trafik Ukraine di Apple Maps untuk menjamin keselamatan rakyat di sana.

Buat masa ini, Rusia masih lagi boleh akses ke AppStore tetapi fungsi Apple Pay telah dihadkan di sana dan bank besar tidak dapat menggunakan kemudahan ini.

Dalam pada itu, Tim Cook telah menghubungi semua pekerja mereka untuk memberikan bantuan dana kepada Ukraine. Bagi pekerja di Ukraine pula, Apple ingin mereka berikan bantuan dan sokongan kepada pasukan Ukraine.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan pada Rusia pada bulan Februari, Apple tidak mengambil sebarang tindakan sehinggalah mereka menerima permintaan daripada Ukraine.

Sumber: MacRumors

Baca juga: