Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta (Facebook), YouTube Dan Tiktok Sekat Akses Kepada Kandungan Dari Rusia

Meta (Facebook), YouTube Dan Tiktok Sekat Akses Kepada Kandungan Dari Rusia

Diterbitkan Mac 2, 2022 · Dikemas kini Mac 3, 2022 oleh Firdaus

Selepas Rusia melancarkan kempen ketenteraan mereka ke atas Ukraine, mereka menerima kecaman hebat dari komuniti antarabangsa. Pihak YouTube telah menghalang syarikat media Rusia seperti Rusia Today dan Sputnik daripada mengakses pengiklanan di platform mereka. Oleh itu, syarikat media terbabit tidak dapat menjana pendapatan melalui YouTube.

Memburukkan lagi keadaan, Kesatuan Eropah juga telah mengharamkan kandungan dari Rusia daripada diakses oleh pengguna di UK dan negara-negara rantau Eropah yang lain.

Tindakan sedemikian diambil dengan alasan untuk menghalang pihak Rusia daripada menyebarkan propaganda mereka kepada komuniti antarabangsa bagi mewajarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine.

Selain itu, Meta (Facebook) dan juga Tiktok telah mengesahkan bahawa mereka juga akan menyekat akses RT dan Sputnik bagi kedua-dua platform tersebut. Langkah itu bertujuan menghalang syarikat media terbabit daripada menjana pendapatan dari platform mereka.

Namun begitu, pihak Twitter mengambil pendekatan yang berlainan dimana platform terbabit meletakkan tanda peringatan kepada ciapan daripada media negara Rusia, dan mengurangkan capaian ciapan mereka.

Meta (Facebook), YouTube Dan Tiktok Sekat Akses Kepada Kandungan Dari Rusia

Sumber: Business Insider dan Reuters

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY