Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IBanez kabel gital

Ibanez Hasilkan “Kabel Gitar Paling Canggih Di Dunia”

Diterbitkan Januari 21, 2025 · Dikemas kini Januari 21, 2025 oleh ariff bukhari

Kabel gitar adalah komponen penting pada perlaatan muzik tetapi sering diabaikan berbanding peralatan lain.

Walhal ia begitu mempengaruhi kualiti audio yang dihasilkan dari gitar anda.

Bersempena dengan acara NAMM 2025 (Persatuan Kebangsaan Pedagang Muzik), Ibanez dan platform pendidikan gitar digital, JTC telah berkolaborasi dengan mencipta kabel yang dikatakan sebagai “kabel gitar paling canggih di dunia.”

Kabel inovatif ini sesuai untuk pemain berpengalaman mahupun mereka yang baru bermula.

Dilengkapi dengan teknologi baharu yang dikenali sebagai Glideline, ia dianggap sebagai “langkah seterusnya dalam teknologi kabel.”

Ibanez Glideline cable

Apa yang membezakannya berbanding dengan kabel lain adalah Ibanez Glideline direka untuk “meningkatkan rangkaian isyarat dan menghapuskan sebarang kompromi terhadap identiti nada anda,” serta menghantar isyarat resolusi tinggi dari gitar elektrik ke amp, antara muka audio, dan amp modeler.

Ia diperbuat daripada bahan premium, termasuk lapisan penebat khas, penutup tembaga bersalut ion, serta pelindung separa konduktif dan tenunan yang melindungi teras kabel.

Ia membolehkan bunyi semula jadi mengalir melalui kabel dengan lancar dan memaksimumkan potensi nadayang dihasilkan instrumen.

Kabel Ibanez Glideline dijual pada harga £40 (~RM220). Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi Ibanez.

Beli barisan produk gitar Ibanez dari stor:

  • Shopee – https://invl.io/clm9d1m
  • Lazada – https://invol.co/clm9d2d

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • BYD Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia, Boleh Bawa 9,200 EV
  • STR Fasa 1 2025 Disalur Mulai 22 Januari, Ini Kadar Bayaran Setiap Kategori

Sumber: Ultimate Guitar, JTC Guitar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY