Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI World AGIBOT

AGIBOT Lancar AI World Experience Centre Pertama Di Malaysia, Yang Pertama Di Luar China

Diterbitkan Disember 18, 2025 ยท Dikemas kini Disember 20, 2025 oleh Amsyar Latif

AGIBOT, syarikat global robotik humanoid yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan dalam robot fizikal, secara rasmi mengumumkan pelancaran AI World Experience Centre pertamanya di Malaysia. Pusat ini merupakan pameran fizikal antarabangsa pertama AGIBOT di luar China, sekali gus menandakan langkah penting dalam peluasan global syarikat tersebut, khususnya di Asia Tenggara.

Diasaskan pada tahun 2023 dan beribu pejabat di Shanghai, AGIBOT berkembang pesat sebagai pemain utama dalam industri robot humanoid.

Pada Disember 2025, syarikat ini mencapai pengeluaran robot humanoid ke-5,000, mencerminkan kematangan teknologi dan peningkatan skala pengeluaran dalam tempoh yang singkat. Portfolio AGIBOT merangkumi pelbagai siri robot termasuk A-series, X-series, G-series dan D-series, selain Omnihands serta robot pembersihan dan perkhidmatan komersial untuk kegunaan industri, komersial dan sektor awam.

AI World Experience Centre di Malaysia akan menampilkan sehingga 100 robot humanoid, membolehkan pengunjung berinteraksi secara langsung dalam persekitaran fizikal dan imersif.

photo_2025-12-18 16.34.54
photo_2025-12-18 16.34.55

Pusat ini mempamerkan aplikasi embodied AI dalam senario dunia sebenar seperti perkhidmatan bandar pintar, pengurusan fasiliti, hospitaliti, gaya hidup dan kesejahteraan. Pendekatan ini menekankan penggunaan robotik sebagai teknologi praktikal yang berorientasikan manusia.

Pemilihan Malaysia sebagai lokasi pusat pengalaman antarabangsa pertama AGIBOT mencerminkan keyakinan terhadap agenda transformasi digital negara dan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab inovasi serantau.

photo_2025-12-18 17.22.50
photo_2025-12-18 17.22.30
photo_2025-12-18 17.22.23
photo_2025-12-18 17.22.24 (1)
photo_2025-12-18 17.22.24
photo_2025-12-18 17.22.25
photo_2025-12-18 17.22.57
photo_2025-12-18 17.22.59
photo_2025-12-18 17.23.00
photo_2025-12-18 17.22.22
photo_2025-12-18 17.22.21
photo_2025-12-18 17.22.19

Inisiatif ini selari dengan MyDIGITAL dan Pelan Induk Ekonomi Digital Malaysia, yang memberi penekanan kepada penerapan teknologi bernilai tinggi serta pembangunan ekosistem inovasi.

Pelancaran pusat ini turut disokong oleh kerjasama strategik AGIBOT bersama I-Berhad di i-City, yang akan menyaksikan pembangunan pusat pengalaman AI dan robotik pertama seumpamanya di negara ini.

photo_2025-12-18 17.22.18

Kerjasama tersebut turut membuka ruang kepada pelaksanaan robotik dalam aset hospitaliti dan pembangunan bandar pintar pada masa hadapan.

Pelancaran rasmi AI World dijadualkan berlangsung pada 13 Januari 2026 dan dijangka dihadiri wakil kerajaan, industri, akademia serta barisan kepimpinan tertinggi AGIBOT.

Namun, anda sudah boleh mula berkunjung ke AI World di i-City, Shah Alam bermula 19 Disember. Harga tiket adalah RM25 (kanak-kanak) dan RM30 (dewasa).

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Robot China Cipta Rekod Dunia Guinness Berjalan Lebih 100Km Selama 3 Hari
  • Pertanian Di Malaysia Bakal Dipacu Robot Humanoid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY