Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hypershell X Ultra Dilancar, Eksoskeleton Ringan Berharga RM8,999

Hypershell X Ultra Dilancar, Eksoskeleton Ringan Berharga RM8,999

Diterbitkan Januari 30, 2026 · Dikemas kini Januari 30, 2026 oleh ariff bukhari

Hypershell melancarkan X Ultra, eksoskeleton luar generasi baharu yang memenangi Anugerah Inovasi IFA 2025 dan menjadi yang pertama di dunia disahkan SGS.

Direka untuk meningkatkan mobiliti manusia, X Ultra menawarkan kuasa untuk pelbagai aktiviti riadah seperti berjalan, mendaki, berlari, berbasikal atau memanjat.

Dikuasakan oleh AI MotionEngine Ultra dengan lebih sedozen penderia, ia menyesuaikan sokongan secara masa nyata, mengurangkan keletihan dan meningkatkan kestabilan di permukaan mencabar.

Motor M-One Ultra membantu menjimatkan tenaga sehingga 39% ketika berbasikal dan 20% ketika berjalan, dengan kuasa mencecah 1,000W.

Bateri pula menyokong sehingga 42,000 langkah, membolehkan jarak sehingga 60 km.

Hypershell X Ultra Dilancar, Eksoskeleton Ringan Berharga RM8,999
X Ultra turut memperkenalkan lima mod pintar baharu termasuk Running+, Cycling+, Snow, Dune dan Descent Assist.

Dengan reka bentuk ringan 1.8kg bertaraf aeroangkasa, ia sesuai untuk semua keadaan cuaca.

Ditawar dalam unit yang terhad bersama aksesori percuma bateri anti sejuk bernilai RM599 dan hub pengecas (RM299), ia akan tersedia di pasaran bermula 1 Februari ini pada harga MR8,999.

Hypershell X Ultra menjadikan teknologi eksoskeleton daripada mesin industri besar bernilai ratusan ribu ringgit kepada produk lebih mampu milik oleh semua.

Hypershell X Ultra Dilancar, Eksoskeleton Ringan Berharga RM8,999

Beli barisan produk Hypershell dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln7bi2
  • Lazada – https://invl.me/cln7bia

Berkaitan

  • ASUS Perkenal Cermin Mata 'Gaming' 240Hz Pertama Di Dunia
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Kapal Angkasa SpaceX Tolak ISS Ke Kedudukan Tertingginya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY