Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Fan Channel

Pengguna YouTube Kelak Boleh Cari Lagu Dengan Lebih Mudah

Diterbitkan Ogos 23, 2023 · Dikemas kini Ogos 23, 2023 oleh Amalina Athman

Bukan perkara baharu, Google pada 2020 telah memperkenal hum to search, yang membolehkan pengguna membuat carian lagu hanya melalui humming, siulan atau nyanyian melodi.

Terbaharu, Google mengumumkan aplikasi YouTube menguji ciri carian lagu dengan hanya humming atau merakamkan lagu yang sedang dimainkan, contohnya di radio (seperti aplikasi Shazam).

Berkaitan

  • YouTube Uji Ciri 'Lock Screen' Untuk Pengguna Premium
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Google Tambah Sokongan Terjemahan Untuk Aplikasi Gmail
  • "Search" Di Google Dengan Bantuan AI Seperti Di Bing? Google Bawa Ciri Baru Untuk SGE

Jika sebahagian daripada eksperimen, Google menyatakan pengguna boleh menukar toggle daripada carian suara kepada ciri carian baharu itu. Kemudiannya, hanya perlu hum atau rakam lagu yang dicari selama 3+ saat untuk membolehkan lagu itu dikenal pasti.

Setelah dikenal pasti, paparan muzik video, Shorts atau yang berkaitan akan dipaparkan dalam aplikasi YouTube.

Masih di peringkat ujian, ciri tersebut dilancarkan untuk sebilangan kecil pengguna YouTube di peranti Android buat masa ini.

Sumber: Google 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY