Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google sge carian AI search generative experience - 7

“Search” Di Google Dengan Bantuan AI Seperti Di Bing? Google Bawa Ciri Baru Untuk SGE

Diterbitkan Ogos 17, 2023 · Dikemas kini Ogos 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Semua orang bercakap tentang AI hari ini. Google sebagai syarikat gergasi IT pastinya tidak ketinggalan.

Sejak 3 bulan lalu, Google telah mula menguji SGE (Search Generative Experience) di mana AI akan membantu anda mendapatkan maklumat dengan lebih mudah ketika membuat carian melalui Google.

google sge carian AI search generative experience – 7

Semacam ChatGPT tetapi versi live ketika membuat carian melalui Google. Antara ciri-ciri baharu diperkenal adalah seperti di bawah.

Kalau anda ingat, ia sebenarnya lebih kurang dengan apa ditawarkan Bing sekarang.

Definisi perkataan

Screenshot of the Google results page for the query, “what is the most common element on the periodic table”. The results page shows a cursor going over an underlined word and a definition appearing

Ketika anda sedang membuat kajian tentang satu-satu topik, anda mungkin akan jumpa perkataan, terma atau istilah yang tidak kenal.

Dengan SGE, anda boleh letak cursor pada perkataan tersebut tanpa perlu klik dan ia akan memaparkan definisi serta rajah/gambar berkaitan topik tersebut.

Misalnya, perkataan “proton” ketika anda buat carian tentang jadual berkala unsur.

Pengaturcaraan

Selepas 3 bulan dilancarkan, SGE kini mampu memahami dan debug kod pengaturcaraan (programming).

Dengan ini, anda boleh dapatkan bantuan, cadangan snippet dan lain-lain.

Segmen kod juga mempunyai kod warna supaya mudah pengguna untuk mengesan elemen-elemen berasingan dalam kod.

Mudah kata, anda boleh minta bantuan Google untuk lihat apa kesalahan dalam kod anda. Namun, saya rasa ia masih belum secanggih ChatGPT.

Ringkasan kandungan yang panjang

An animated screenshot of a mobile phone showing SGE while browsing generating the key points of an article about Route 66 in the Google app.

Sebuah ciri dinamakan “SGE while browsing” kini tersedia dalam aplikasi Google di Android dan iOS.

Dengan ciri ini, ia akan ringkaskan kandungan halaman tersebut kepada beberapa point.

Justeru, ia memudahkan anda mendapatkan maklumat penting dalam sesebuah tulisan/artikel panjang yang mungkin anda malas untuk telaah sehingga akhir artikel.

Berkaitan

  • Cip Google Tensor Dengan Teknologi 3nm TSMC Mungkin Diperkenal Pada 2025
  • Google: Pengeluar Android Lambat Keluarkan Kemas Kini Keselamatan
  • Google Akan Buang Gambar Tak Senonoh Anda Dari Carian, Jika Anda Minta
  • Google Tambah Sokongan Terjemahan Untuk Aplikasi Gmail

Untuk laman web yang disokongnya, anda akan dapat lihat “Get AI-powered key points” dan butang “Generate” di bahagian bawah.

Namun, ciri “SGE while browing” tersedia hanya untuk laman web yang tersedia percuma pada umum, bukan yang mempunyai “paywall” (contohnya artikel yang perlu langganan dengan Bloomberg) atau yang dikawal penerbit.

Buat masa sekarang SGE hanya tersedia di Ameriak Syarikat.

Namun, jika anda mahu cuba juga (mungkin dengan VPN atau sebagainya), boleh daftar di Search Labs melalui pautan INI.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY