Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lock Screen YouTube Premium

YouTube Uji Ciri ‘Lock Screen’ Untuk Pengguna Premium

Diterbitkan Julai 12, 2023 · Dikemas kini Julai 12, 2023 oleh Amalina Athman

YouTube kini sedang menguji ciri baharu untuk mengelakkan sentuhan atau klik yang tidak disengajakan semasa menonton video. Dinamakan sebagai “Lock Screen”, ciri ini telah pun boleh diuji oleh pengguna Premium.

Berkaitan

  • YouTube Sedang Uji Terhadkan 3 Video Jika Pengguna Pakai 'Ad Block'
  • Pengguna Mungkin Boleh Tinggalkan Komen Di YouTube Music Kelak

Apabila menonton video YouTube, pengguna akan melihat pilihan “Lock Screen” di bahagian tetapan. Dengan menetapkannya, ia akan mengunci skrin dan satu-satunya cara untuk membuka kunci skrin ialah dengan klik pada “Tap to unlock”.

Lock Screen YouTube Premium_1

Boleh dikatakan, ia seumpama kunci skrin di Netflix. Bagi pengguna YouTube Premium di iOS dan Android, ciri ini tersedia untuk percubaan sehingga 5 Ogos 2023.

Lock Screen YouTube Premium_2
Lock Screen YouTube Premium_3

Untuk mencubanya, buka aplikasi YouTube dan klik pada gambar profil. Pilih “Your Premium benefits” dan tekan “Try new features”. Seterusnya, klik “Try it out” di bawah ciri percubaan Lock Screen.

Sementara itu, mengambil kira ia masih dalam fasa percubaan, tidak dapat dipastikan bila ia akan tersedia untuk versi stabil.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY