Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Carian Lagu Di Google Kini Boleh Dilakukan Dengan Hanya Siulan Atau ‘Humming’

Posted on Oktober 19, 2020Oktober 19, 2020

Anda mungkin pernah berhadapan situasi di mana ingin mencari sesuatu lagu, namun tidak tahu nama penyanyi, tajuk mahupun lirik lagu tersebut. Baru-baru ini, Google melalui acara Search On telah memperkenalkan cara baru untuk mencari lagu tanpa lirik, nama artis atau nada yang tepat.

‘Humming’ untuk membuat carian lagu

Pengguna kini boleh membuat carian lagu hanya melalui humming, siulan atau nyanyian melodi di aplikasi Google pada peranti Android dan iOS.

Buat masa ini, ciri ini tersedia lebih daripada 20 bahasa. Google menyatakan lebih banyak bahasa akan menyokong ciri ini pada masa akan datang.

Humming Google

Untuk memulakan carian menggunakan fungsi ini, hanya perlu masuk ke aplikasi Google, tekan pada ikon mikrofon dan klik pada butang “Search for a song”. Anda juga boleh menggunakan Google Assistant dan bercakap “Hey Google, what’s this song?”.

Humming Google

Setelah itu, mula humming atau bersiul sekitar 10 hingga 15 saat. Kemudian, algoritma mesin pembacaan akan mula mengenalpasti padanan lagu yang berpotensi.

Percubaan kami mengalunkan bunyi atau humming lagu Arab, Hindustan, Korea, Mandarin, Inggeris, Melayu, Indonesia dan lain-lain memberikan hampir 100% keputusan carian lagu yang tepat.

Humming Google
Humming Google
Humming Google

Oleh itu, jika pada masa akan datang anda hanya mengetahui melodi lagu, humming atau bersiul pada carian Google sahaja untuk mendapatkan tajuk lagu tersebut.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress