Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Humain Chat_

HUMAIN Chat Dilancar – Chatbot AI Arab Berteraskan Nilai Islam

Diterbitkan Ogos 26, 2025 · Dikemas kini Ogos 26, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat kecerdasan buatan (AI) Arab Saudi, HUMAIN, kini melancarkan aplikasi perbualan berasaskan AI iaitu HUMAIN Chat.

Aplikasi ini dikuasakan oleh ALLAM 34B, model bahasa raya (LLM) yang dibangunkan sendiri oleh HUMAIN.

Humain Chat_2

HUMAIN Chat boleh diakses menerusi web, iOS, dan Android, dengan pelancaran awal hanya di Arab Saudi. Syarikat itu turut merancang peluasan ke seluruh Timur Tengah sebelum diperkenalkan ke pasaran global.

Humain Chat_3

Menurut HUMAIN, aplikasi ini dibangunkan di Arab Saudi khusus untuk penutur bahasa Arab, dengan fokus kepada nilai budaya, kesamarataan bahasa, serta daya saing di peringkat global.

Humain Chat_
Humain Chat_6

HUMAIN Chat disasarkan kepada lebih 400 juta penutur bahasa Arab dan 2 bilion umat Islam di seluruh dunia. Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk carian web masa nyata, input suara dalam pelbagai dialek Arab, pertukaran dwibahasa (Arab-Inggeris) dalam satu perbualan serta perkongsian perbualan.

Aplikasi ini juga mematuhi sepenuhnya undang-undang perlindungan data Arab Saudi.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Zetrix Perkenal NurAI - 'Chatbot' Patuh Syariah Pertama Dunia, Mudahkan Soal Jawab Agama
  • YTL AI Labs Lancar ILMU - Model AI 100% Malaysia
  • Bukan Sekadar Bank Digital Biasa, Ini Bezanya Ryt Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY