Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YTL AI Labs ILMU AI_1

YTL AI Labs Lancar ILMU – Model AI 100% Malaysia

Diterbitkan Ogos 12, 2025 · Dikemas kini Ogos 12, 2025 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan ILMU, model bahasa raya (LLM) multimodal pertama Malaysia, pada acara ASEAN AI Malaysia Summit 2025.

ILMU, singkatan bagi Intelek Luhur Malaysia Untukmu, dibangunkan sepenuhnya di Malaysia oleh YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya (UM).

YTL AI Labs ILMU AI_2

Mengenai keupayaannya, ILMU dilatih menggunakan bahasa dan data setempat. Ia boleh memahami dan berinteraksi dalam Bahasa Melayu, ‘Manglish’ serta dialek tempatan seperti Kelantan dan lain-lain. Bukan sahaja teks, ILMU merupakan model AI multimodal yang boleh memproses dan menjana suara serta imej.

Antara kelebihan ILMU adalah seperti berikut:

  • Selamat dan berkeupayaan nasional: Dibangunkan dengan mengambil kira kepentingan negara, keselamatan dan tadbir urus data – menjamin penggunaan AI yang dipercayai dalam semua sektor.
  • Dibangunkan dengan Infrastruktur Negara: Dihoskan di YTL AI Cloud dengan prestasi kelas perusahaan, kebolehsuaian tinggi dan data tersimpan secara lokal.
  • Prestasi Bertaraf Global: ILMU mampu bersaing dengan model AI terkemuka dunia seperti GPT-4, DeepSeek dan Llama dalam pelbagai penilaian aras utama.

Menurut YTL AI Labs, ILMU mencatatkan keputusan setaraf dengan model AI seperti GPT-4o dan Llama 3.1 di peringkat global. Ia juga memperoleh skor tertinggi dalam pemahaman Bahasa Melayu melalui ujian MalayMMLU.

Ketersediaan

Akses API ILMU kini sudah tersedia untuk semua perniagaan.

Untuk pengguna, ILMUchat (chatbot AI) akan dibuka akses awal pada Hari Malaysia, 16 September 2025. Pengguna boleh mendaftar minat di https://www.ilmu.ai/.

Berkaitan

  • YTL-SEA Bakal Lancar Ryt Bank - Bank Digital Pertama Dikuasakan Oleh AI Di Malaysia
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Zetrix Perkenal NurAI - 'Chatbot' Patuh Syariah Pertama Dunia, Mudahkan Soal Jawab Agama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY