Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok_featured image

Hukum Terima Hadiah Dari ‘Live’ NPC Di TikTok

Diterbitkan November 7, 2023 · Dikemas kini November 7, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, NPC atau non-player character telah menjadi trend di Tiktok Live. Mereka akan bergerak dengan kaku seperti karakter dalam permainan video, berdasarkan gift atau hadiah yang diberikan oleh penonton sepanjang penstriman di platform itu.

Hasil kandungan sedemikian boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Namun, dari segi hukum menerima pemberian penonton dari live NPC berkenaan pula bagaimana?

Berkaitan

  • Mufti WP Perjelas Hukum 'Buy Now Pay Later'
  • Hukum Guna Bantuan AI Untuk Siapkan 'Assignment'

Secara asasnya, memberi dan menerima hadiah adalah salah satu amalan yang dianjurkan dalam Islam. Namun, memberi hadiah seharusnya dengan tujuan yang bersesuaian dengan nilai-nilai agama seperti mengeratkan silaturrahim dan sebagainya.

Sekiranya dengan niat untuk melihat gaya yang ditunjukkan oleh Tiktoker melalui trend NPC adalah tidak sesuai dengan konteks Islam, begitu juga menerimanya jika gaya yang ditunjukkan boleh menimbulkan fitnah dan lain-lain.

Lanjutan itu, mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan,

mengikut trend dengan memperlihatkan gaya yang tidak bersesuaian dengan nilai dan akhlak seorang muslim adalah tidak dibolehkan…kerana dalam Islam, kita diajar untuk bersifat dengan sifat malu, menjaga kehormatan dan maruah diri, serta menghindari perbuatan yang boleh merosakkan imej sebagai muslim.

Secara kesimpulan, Dr Zulkifli mengatakan penting untuk diingat bahawa memberi dan menerima hadiah harus dihindari apabila berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Sumber: Maktabah Al Bakri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY