Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok SHop_a

KKD Disaran Laksanakan Sekatan Penuh Akaun TikTok Shop Dari China

Diterbitkan Oktober 19, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) disaran untuk melaksanakan sekatan penuh akaun e-dagang TikTok yang dikendali individu dan syarikat dari China.

Berkaitan

  • TikTok Shop Selaraskan Komisen, Bayaran Perkhidmatan Yuran Penghantaran Mulai September
  • TikTok Shop Indonesia Hentikan Transaksi e-Dagang Bermula Hari Ini

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj, yang mengatakan ia bertujuan untuk melindungi kelangsungan golongan peniaga tempatan yang berdepan persaingan ekonomi tidak sihat.

Beliau turut mempersoal jika pihak kedai menerusi aplikasi TikTok membayar cukai nilai tambah (VAT) kerana mendakwa ramai dalam kalangan pempengaruh mengaut keuntungan besar daripada jualan menerusi platform itu.

Selain itu, kandungan yang dimuat naik menerusi aplikasi tersebut juga dijadikan sebagai bahan promosi, dan tanpa disedari telah memonopoli perdagangan dalam negara hingga menjejaskan perusahaan tempatan.

Terdahulu, selaras dengan peraturan baharu Indonesia yang melarang perniagaan e-dagang di media sosial, TikTok Shop Indonesia telah menghentikan transaksi pada 4 Oktober 2023.

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY