Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok block

Nasib TikTok Di Amerika Kini Ibarat ‘Di Hujung Tanduk’

Diterbitkan Mac 14, 2024 · Dikemas kini Mac 14, 2024 oleh Amalina Athman

TikTok telah berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kebimbangan keselamatan negara berhubung platform popular dari China itu.

Dalam perkembangan terbaharu, nasib Tiktok di Amerika kini bergantung kepada Senat setelah Dewan Perwakilan AS mengundi secara besar-besaran untuk meluluskan rang undang-undang yang akan mengharamkan aplikasi itu, melainkan syarikat induk ByteDance menjualnya.

Berkaitan

  • Seorang Pesuruhjaya FCC Dilaporkan Menggesa Kerajaan Amerika Mengharamkan TikTok Di Negara Itu
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • TikTok Dijangka Akan Perkenal Pesaing Instagram - TikTok Photos

Rang undang-undang itu, yang diluluskan 352-65, kini akan dihantar ke Senat untuk tindakan selanjutnya. Presiden AS Joe Biden minggu lalu telah pun mengesahkan bahawa beliau akan menandatanganinya menjadi undang-undang, jika kedua-dua dewan meluluskannya.

Sekiranya diluluskan kelak, rang undang-undang itu memerlukan ByteDance untuk menjual TikTok dalam tempoh enam bulan kepada syarikat yang diluluskan oleh kerajaan AS. Jika ByteDance tidak menjual syarikat itu, gedung aplikasi di AS tidak lagi boleh mengedarkan aplikasi itu tanpa melanggar undang-undang.

China juga perlu meluluskan penjualan itu, dan kerajaan China pada tahun lalu berkata ia akan menentang keras sebarang penjualan TikTok secara paksa.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang berkenaan boleh menghadapi nasib yang tidak menentu. Pihak Senat akan mengkaji semula undang-undang itu dan ia mungkin mengambil pendekatan berbeza untuk mengawal selia aplikasi milik asing yang menimbulkan kebimbangan keselamatan.

Dalam pada itu, Kementerian Luar China menyifatkan potensi larangan TikTok sebagai “tindakan buli” yang akan berbalik kepada Amerika.

Sumber: MacRumors, CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,599
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
©2026 WISER.MY