Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiktok auto Captions_1

TikTok Bakal Hadir Dengan Fungsi “Auto Captions”

Diterbitkan Mac 19, 2021 ยท Dikemas kini Mac 19, 2021 oleh Amalina Athman

Sejak TikTok diperkenalkan dan menjadi aplikasi perkongsian video popular, ia digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna termasuk dalam kalangan yang kurang upaya. Namun, dengan fungsi yang terhad, ia memberi kesukaran bagi sesetengah orang untuk mengakses dan menggunakan aplikasi tersebut.

Terbaru, TikTok kini dilaporkan sedang membangunkan fungsi “Auto captions” bagi meningkatkan capaian kepada platform itu. Melalui ciri ini, ia membolehkan kapsyen dihasilkan secara automatik berdasarkan audio daripada video pengguna.

tiktok auto captions

Dengan pengenalan ciri ini, ia membolehkan video diakses oleh penonton yang kurang pendengaran. Tidak hanya itu, ia juga membolehkan penonton sedia ada untuk membaca apa yang diperkatakan dalam video berbanding mendengar – contohnya untuk lebih mudah memahami kandungan video atau apabila berada di tempat awam dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih dalam fasa pembangunan dan belum lagi diketahui bila ciri ini akan diperkenalkan secara umum.

Sumber: Alessandro Paluzzi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY