Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok SHop_a

TikTok Shop Indonesia Hentikan Transaksi e-Dagang Bermula Hari Ini

Diterbitkan Oktober 4, 2023 · Dikemas kini Oktober 4, 2023 oleh Amalina Athman

TikTok menghentikan transaksi melalui platformnya di Indonesia bermula hari ini, 4 Oktober 2023. Ia susulan larangan baharu negara itu terhadap perniagaan e-dagang di media sosial.

Berkaitan

  • Google, Meta Dan TikTok Mungkin Perlu Lesen Kandungan - Menteri
  • TikTok Uji Pelan Langganan Berbayar Tanpa Iklan

TikTok, yang dimiliki oleh ByteDance China, dalam satu kenyataan berkata bahawa ia akan menyelaraskan dengan kerajaan Indonesia berhubung rancangan masa depannya. Menurut syarikat itu,

Our priority is to remain compliant with local laws and regulations. As such, we will no longer facilitate e-commerce transactions in TikTok Shop Indonesia.

Dalam pada itu, kerajaan Indonesia berkata larangan berkenaan bertujuan untuk melindungi peniaga dan pasaran luar talian, sambil menambah bahawa harga jualan di platform media sosial mengancam perusahaan kecil dan sederhana.

Keputusan TikTok adalah selaras dengan tempoh kelonggaran yang diberikan kerajaan Indonesia untuk mematuhi peraturan dalam tempoh seminggu, bagi mengelak ancaman penutupan.

Sementara itu, tidak jelas sama ada TikTok akan membangunkan aplikasi e-dagang baharu, berasingan daripada aplikasi media sosialnya.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY