Bagi tarikh 12 hingga 18 November, sejumlah 857 video di TikTok telah dikekang secara automatik oleh platform media sosial itu. Pada tarikh pengundian iaitu 19 November, sebanyak 130 video telah disekat. Sementara itu, sejumlah 1,126 video telah disekat secara automatik pada 20 hingga 26 November.
{suggest}
Difahamkan, sekatan secara automatik di TikTok adalah berdasarkan kepada penggunaan Artificial Intelligence (AI). Dalam masa yang sama, beliau dimaklumkan sejak awal tahun sehingga 5 Disember 2022, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah memberikan sejumlah aduan kepada pihak TikTok untuk menurunkan video, yang mana jumlahnya adalah sebanyak 202 permohonan.
Daripada 202 permohonan berkenaan, sebanyak 95 video telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti TikTok. Manakala, kandungan yang telah diturunkan kerana melanggar undang-undang dalam negara adalah sebanyak 28 video. Baki sebanyak 79 aduan tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Secara keseluruhannya bagi PRU 15, TikTok telah menghalang sebanyak lebih 1,000 kandungan sejurus selepas menerima aduan daripada SKMM dan lain-lain agensi.
Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan pihaknya telah meminta pihak kementerian untuk meneliti undang-undang sedia ada dan menilai langkah-langkah bagi memastikan pengurangan kepada jumlah kandungan yang bersifat provokatif, terutamanya yang melibatkan 3R (Ruler, Religion & Race).
Gambar utama: Current Ware
Sumber: Sidang Media Menteri Komunikasi dan Digital
Berkaitan
- Kenyataan Balas TikTok Berkenaaan Dakwaan Lubuk Pedofilia
- TikTok Akan Menyekat Kandungan Yang Mempunyai Unsur Skim Piramid Dan MLM
- Donald Trump Perintah Sekatan Transaksi Dengan TikTok dan Wechat, Berkuatkuasa 20 September Ini
- UK Haramkan TikTok Pada Peranti Penjawat Awam Berkuat Kuasa Serta-Merta
- TikTok Mahu Jalin Kerjasama Untuk Atasi Penyebaran Kandungan Berunsur Provokatif - Fahmi Fadzil
- Salah Satu 'Challenge' Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad
- TikTok Nafi Dakwaan Insiden Pencerobohan Data
- Kamera iPhone 14 Pro Dilaporkan Bergegar Dalam Aplikasi TikTok, Instagram Dan Snapchat
- Aplikasi TikTok Kini Melepasi 2 Bilion Jumlah Muat Turun Di iOS Dan Android
- Aplikasi TikTok Bakal Hadir Dengan Permainan Mini