Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
India sekat aplikasi China

India Kini Haramkan 59 Lagi Aplikasi Dari China Termasuk TikTok

Diterbitkan Januari 26, 2021 oleh Amalina Athman

Kerajaan India kini dilaporkan telah mengeluarkan notis baru untuk melakukan larangan secara kekal bagi akses 59 aplikasi dari China termasuk platform media sosial popular, TikTok.

Memetik laporan Reuters, kesemua aplikasi tersebut gagal untuk memberikan penjelasan yang memuaskan kepada kerajaan India. Ianya termasuk mengenai pematuhan terhadap keperluan privasi dan keselamatan.

Antara aplikasi lain yang turut tersenarai termasuk UC Browser, WeChat, BIGO Live, Mi Video Call dan sebagainya.

Sejak Jun tahun lalu, kerajaan India dilaporkan telah melakukan sekatan ke atas 267 aplikasi secara keseluruhan termasuk permainan mudah alih popular, PUBG Mobile.

Dalam pada itu, sehingga kini TikTok belum memberikan sebarang kenyataan berhubung larangan kekal yang dikenakan terhadap aplikasi tersebut.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY