Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fahmi fadzil

TikTok Mahu Jalin Kerjasama Untuk Atasi Penyebaran Kandungan Berunsur Provokatif – Fahmi Fadzil

Diterbitkan Disember 6, 2022 · Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya telah mengadakan perjumpaan antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD), penyedia platform Tiktok dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengutarakan kebimbangan dan impak negatif daripada kandungan berunsur provokatif yang tersebarluas dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Berkaitan

  • Fahmi Fadzil Dilantik Sebagai Menteri Komunikasi Digital
  • PM Arah Perjanjian 5G Di Malaysia Dinilai Semula Atas Faktor Ketelusan
  • 5G: Menteri Komunikasi Digital Sedia Jumpa DNB

Hasil perbincangan tersebut, pihak TikTok telah menyatakan hasrat dan komitmen bagi menjalin kerjasama strategik dengan KKD melalui MCMC untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis di media sosial.

Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain, bagi menangani isu tersebut dengan segera.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY