Hublot Lancar Big Bang e, Jam Tangan Mewah Dengan Harga RM22,000

Hublot yang merupakan pembuat jam tradisional di Switzerland sejak 1980 telah mengumumkan jam pintar pertama, Big Bang e. Jam tangan mewah dengan bahan binaan premium ini menjalankan Google Wear OS.

harga Hublot Big Bang e

Hublot Big Bang e hadir dengan harga $5,200 (~RM22,000) bagi versi binaan titanium, manakala versi seramik hitam bernilai $5,800 (~RM24,000). Dengan harga ini, anda mungkin boleh membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi.

harga Hublot Big Bang e

Kedua-dua versi ini mempunyai saiz 42mm bagi kerangka dengan paparan kristal nilam di atas paparan AMOLED. Selain itu, terdapat tombol sisi yang boleh diputar untuk menatal UI dan juga berfungsi sebagai butang.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=V6Y1fMHJrI8[/embed]

Big Bang e didatangkan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 3100, 1GB RAM dan ruang simpanan 8GB, yang menjadikannya cukup berkuasa untuk menjalankan semua aplikasi Wear OS. Ia mempunyai ketahanan air 3ATM dan menggunakan tali getah pada kedua-dua versi.

Bagaimanapun, Big Bang e tidak dilengkapi dengan fungsi GPS mahupun NFC, iaitu fungsi yang biasa dilihat pada jam tangan pintar yang jauh lebih murah.

Pada masa ini, tarikh pelancaran Big Bang e masih belum didedahkan. Namun, ia dijangka akan dijual di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom dan China.

Sumber: 9to5Google