Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google App Store

Sebahagian Besar Aplikasi Google Di App Store Masih Belum Disertakan Label Privasi

Diterbitkan Januari 21, 2021 ยท Dikemas kini Januari 21, 2021 oleh Amalina Athman

Pada Disember tahun lalu, Apple telah memperkenalkan label privasi baharu di App Store bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui jenis data yang dikumpulkan oleh pembangun aplikasi dan jika data tersebut digunakan untuk menjejak mereka.

Berkuatkuasa 8 Disember 2020, semua pembangun diminta untuk memberikan maklumat kepada Apple ketika menyerahkan aplikasi baru atau kemas kini aplikasi. Pembangun aplikasi seperti Facebook, Twitter dan sebagainya telah pun mengemaskini aplikasi mereka dengan memaparkan label privasi di App Store.

Bagi pihak Google, menerusi satu kenyataan mengatakan pihaknya tidak menentang label privasi Apple dan dalam perancangan untuk menambahkan data privasi ke katalog aplikasi iOS seawal dua minggu lalu.

Google label privasi App Store

Bagaimanapun, sehingga kini sebahagian besar aplikasi Google di App Store masih belum disertakan dengan label privasi. Google dilihat tidak mengemaskini aplikasi seperti Google Photos, Gmail, Google Maps, Chrome, dan Youtube sejak 7 Disember 2020.

Antara aplikasi lain yang masih belum disertakan label privasi termasuk Search, Waze, Google Drive, Google Home, Google Docs, Google Assistant, Google Sheets, Google Calendar, Google Slides, Google One, Google Earth, YouTube Music, Hangouts, Google Tasks, Google Meet, Google Pay, Google Voice, Google News, Gboard, Google Podcasts dan sebagainya.

Buat masa ini, hanya aplikasi seperti Google Translate, Google Authenticator, Motion Stills, Google Play Movies dan Google Classroom yang sudah disertakan dengan label privasi.

Juga, masih belum diketahui bila Google akan mengemaskini sebahagian besar aplikasi tersebut dengan label privasi.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY