Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi EV

Xiaomi Makin Hampir Dapatkan ‘Lampu Hijau’ Untuk Pengeluaran EV

Diterbitkan Februari 16, 2023 ยท Dikemas kini Februari 16, 2023 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini dilaporkan hampir mendapat ‘lampu hijau’ untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) di China, yang juga menandakan langkah besar dalam mendapatkan sokongan daripada pihak berkuasa kawal selia.

Berkaitan

  • Imej Didakwa Kereta Xiaomi Perlihat Logo MI Pada 'Sport Rim', Guna Brek Brembo
  • Bocor Draf Rekaan Awal Kereta, Xiaomi Minta Pampasan Lebih RM600 Ribu Daripada Pembekal

Untuk rekod, mana-mana syarikat di China yang ingin memulakan perniagaan pembuatan kereta memerlukan lesen yang sangat khusus dan dengan kemunculan EV lesen itu agak mudah diperoleh. Seterusnya, ia mendorong puluhan syarikat baharu di China yang diberikan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Bagaimanapun, susulan puluhan syarikat baharu tersebut tidak mampu bertahan lama sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah mengetatkan peraturannya bagi kelayakan pengeluaran EV.

Bagi Xiaomi pula, kerana lambat memohon lesen pembuatan di bawah peraturan lama, mereka kini ‘terperangkap’ dengan peraturan baharu yang lebih ketat berbanding sebelumnya. Berikutan itu, ia menjadikan Xiaomi sukar untuk memperoleh lesen bagi menghasilkan EV.

Ambil alih syarikat yang sudah ada lesen

Akan tetapi, Xiaomi tidak keseorangan kerana beberapa pembuat EV yang lain turut menghadapi isu yang sama. Sebagai alternatif, kebanyakan syarikat tersebut telah mengambil alih syarikat yang sudah mempunyai lesen pembuatan.

Bagi menangani isu tersebut dan mempercepatkan pemerolehan lesen, Xiaomi dijangka akan mengambil pendekatan yang sama dengan mengambil alih syarikat Borgward yang telah muflis pada November tahun lalu.

Tambahan pula, Borgward juga masih diperakui untuk pembuatan kenderaan dan melalui pemerolehan ini, Xiaomi sepatutnya tidak lagi mempunyai masalah dengan pelesenan.

Sumber: ArenaEV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY