Oleh itu, Malaysia sentiasa memberikan keutamaan kepada strategi keselamatan siber yang pragmatik bagi memastikan mempunyai ruang siber yang terjamin, dipercayai dan berdaya tahan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas berkata Malaysia kekurangan pakar keselamatan siber, memandangkan negara hanya memiliki 13,000 daripada 25,000 pekerja yang diperlukan dalam bidang itu menjelang 2025.

Sumber: BERNAMA