Semakan Dan Permohonan Baharu Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Mulai 15 Oktober

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) melalui Perutusan Khas Kita Prihatin.

BPN 2.0 merupakan salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.

semakan BPN 2.0

Dengan itu, Kerajaan mengumumkan tiada permohonan atau kemas kini yang perlu dibuat bagi mereka yang telah menerima bantuan sebelum ini.

Semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat pada 15 Oktober 2020 melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/. Namun, jika tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu juga boleh dibuat pada tarikh yang sama.

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua fasa. Pertamanya pada penghujung Oktober 2020 dan keduanya, pada Januari 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0, layari portal rasmi BPN.

Sumber: LHDN