Berdasarkan khabar angin, tiga syarikat yang berpengkalan dari China sedang mempertimbangkan penggunaan sensor pengimbas wajah untuk keluaran 2018, iaitu Xiaomi, OPPO dan juga Huawei.
Memetik laporan dari Digitimes, Xiaomi dan OPPO akan bekerjasama dengan tiga lagi syarikat dalam membangunkan teknologi itu. Syarikat yang dimaksudkan adalah Himax Technologies dan Qualcomm akan menyelesaikan masalah mengimbas wajah manakala sensor akan dibangunkan oleh Truly Opto-Electronics. Ia dipercayai akan dihasilkan sekitar bulan Mac dan April tahun hadapan.
Sementara itu, Huawei pula dilapor menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di China, Sunny Optical Technology. Gandingan dua syarikat tersebut akan membangunkan teknologi berkaitan sensor 3D yang akan melengkapi model utama mereka.
Ketiga-tiga syarikat ini merupakan antara 5 pengeluar terbesar di China pada suku ketiga 2017. Huawei mendahului dengan 40 juta unit, diikuti dengan Xiaomi 23 juta unit dan OPPO memasarkan 2o juta unit.
Sumber: Digitimes
Berkaitan
- Telefon Dan Tablet Baru Xiaomi Akan Masuk Malaysia Minggu Hadapan
- Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini
- Redmi 7A Berharga RM459 Boleh Mula Dibeli Dari Xiaomi Official Store Global
- Huawei Mate 9 Dilancarkan Lewat Hari Ini-3 November 2016
- Huawei Pindahkan Semua Perkhidmatan Mudah Alih Mereka Daripada Aspiegel Ltd Kepada Huawei Services (Hong Kong)
- Huawei Nova 3i Akan Dapat Kemaskini EMUI 9.0 Bermula Esok
- OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999
- EMUI 9 Sekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti Huawei Dan Honor.
- Huawei WiFi AX3, Router Dengan Sokongan WiFi 6 Berharga RM299
- Jualan Telefon Pintar Xiaomi Meningkat 9% Bagi Suku Pertama 2020