Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Pura70_a

Huawei Pura70 Lulus SIRIM, Dijangka Lancar Tak Lama Lagi

Diterbitkan April 30, 2024 · Dikemas kini April 30, 2024 oleh Amalina Athman

Huawei dua minggu lalu telah melancarkan siri Pura70 yang merupakan penjenamaan semula daripada siri P, untuk pasaran China. Terbaharu, penyenaraian di SIRIM mengesahkan kehadirannya untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Siri Huawei Pura70 Dilancarkan Untuk Pasaran China

Siri Pura70 menampilkan empat model di China, tetapi ia menunjukkan sekurang-kurangnya dua model akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Huawei Pura 70 SIRIM

Mula dilaporkan Lowyat.net, Pura70 (ADY-LX9) dan Pura70 Pro (HBN-LX9) telah menerima kelulusan SIRIM bertarikh 25 dan 26 April 2024.

Di China, Pura70 dan Pura70 Pro masing-masing dilengkapi skrin bersaiz 6.6-inci dan 6.8-inci dengan resolusi FHD+. Tidak didedahkan mengenai janaan cip, namun ia dipercayai menggunakan cip Kirin 9010 bersama konfigurasi memori 12GB dan storan sehingga 1TB.

Huawei Pura70 Lulus SIRIM, Dijangka Lancar Tak Lama Lagi
Pura70
Pura70 Pro_4
Pura70 Pro

Untuk kamera, Pura70 Pro menawarkan 50MP kamera utama, 12.5MP ultra lebar serta 48MP telefoto makro. Sementara Pura70 dimuatkan 50MP kamera utama, 13MP ultra lebar serta 12MP telefoto makro.

Pura70 dibekalkan kapasiti bateri 4,900mAh (66W berwayar/50W wayarles), manakala Pura70 Pro dengan 5,050mAh (100W berwayar/80 wayarles).

Bagi model Pura70 Pro+ dan Pura70 Ultra, tidak dapat dipastikan jika ia akan menerima kelulusan SIRIM kemudian atau sebaliknya kekal eksklusif untuk pasaran China. Juga, tidak diketahui sekiranya Pura70 dan Pura70 Pro akan membawa spesifikasi yang sama atau sedikit berbeza untuk pasaran Malaysia.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi Huawei Malaysia.

  • Beli produk Huawei di Shopee: https://invl.io/cll22y2
  • Beli produk Huawei di Lazada: https://invol.co/cll22y4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
©2026 WISER.MY