Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Pura 70 Ultra Featured Image

Siri Huawei Pura70 Dilancarkan Untuk Pasaran China

Diterbitkan April 18, 2024 · Dikemas kini April 18, 2024 oleh Amalina Athman

Huawei kini melancarkan siri Pura70 untuk pasaran China, dengan membariskan empat model yang terdiri daripada Pura70, Pura70 Pro, Pura70 Pro+ dan Pura70 Ultra.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Samsung Pintas Apple Terajui Telefon Pintar Dunia Dengan Huawei Bangkit Semula

Pura70 Ultra & Pura70 Pro+

Huawei Pura70 Ultra_5

Sebagai dua model paling berkuasa, Pura70 Ultra dan Pura70 Pro+ digandingkan bersama 16GB RAM dan sehingga 1TB storan.

Huawei tidak mendedahkan perincian mengenai cip pemprosesan yang menguasakan siri Pura70, namun ia dipercayai menggunakan cip Kirin 9010, iaitu versi naik taraf Kirin 9000s yang dimuatkan pada siri Mate 60.

Huawei Pura70 Ultra_

Dari segi rekaan, model ini menampilkan skrin OLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 1-120Hz LTPO, maksimum kecerahan 2500nit serta perlindungan Kunlun Glass generasi kedua.

Huawei Pura70 Ultra_2

Beralih ke bahagian fotografi, Pura70 Ultra dimuatkan tetapan tiga kamera terdiri daripada 50MP utama dengan sensor 1″ (apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0 + OIS) yang boleh masuk ke dalam atau retractable, 40MP ultra lebar serta 50MP telefoto makro dengan OIS.

HUAWEI Pura 70 Pro+_5

Sementara Pura70 Pro+ mempunyai 50MP kamera utama (apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0 + OIS), 12.5MP ultra lebar serta 48MP telefoto makro + OIS.

Kedua-dua model ini menyokong 3.5x zum optikal dan sehingga 100x zum digital serta dilengkapi 13MP kamera swafoto.

Bagi menghidupkan peranti, Pura70 Ultra dibekalkan kapasiti bateri 5,200mAh, manakala Pura70 Pro+ sebanyak 5,050mAh – kedua-duanya menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W wayarles.

Huawei Pura70 Ultra_1

Lain-lain termasuk sokongan panggilan satelit, Bluetooth 5.2, NFC, penarafan IP68 serta menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2. Empat pilihan warna tersedia untuk Pura70 Ultra iaitu Chanson Green, Mocha Brown, Starburst White dan Starbust Black. 

HUAWEI Pura 70 Pro+_4

Bagi Pura70 Pro+, ia ditawarkan dengan pilihan warna Light Wooven Silver, String White dan Phantom Black.

Pura70 & Pura70 Pro

Siri Huawei Pura70 Dilancarkan Untuk Pasaran China
Pura70
Siri Huawei Pura70 Dilancarkan Untuk Pasaran China
Pura70 Pro

Huawei Pura70 dan Pura70 Pro masing-masing dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.6-inci dan 6.8inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula adaptif 1-120Hz serta maksimum kecerahan 2500nit.

Kedua-duanya hadir dengan konfigurasi memori 12GB RAM dan storan sehingga 1TB.

Untuk kamera, Pura70 Pro menawarkan 50MP kamera utama (apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0 + OIS), 12.5MP ultra lebar serta 48MP telefoto makro + OIS yang menyokong 3.5x zum optikal dan 100x zum digital.

Sementara Pura70 mempunyai 50MP kamera utama (apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0 + OIS), 13MP ultra lebar serta 12MP telefoto makro + OIS. Model ini menyokong 5x zum optikal dan 50x zum digital.

Pura70 dan Pura70 Pro masing-masing diisi dengan kapasiti bateri 4,900mAh (66W berwayar/50W wayarles) dan 5,050mAh (100W berwayar/80 wayarles).

Siri Huawei Pura70 Dilancarkan Untuk Pasaran China

Pura70 didatangkan dengan warna Feather Black, Ice Crystal Blue, Cherry Rose Red dan Snowy White.

Pura70 Pro_4

Untuk Pura70 Pro, tiga warna tersedia iaitu Roland Purple, Snowy White dan Feather Black.

Harga

Berikut merupakan harga bagi keempat-empat model dalam siri Pura70, yang akan tersedia untuk pasaran China.

Pura70

  • 12GB+256GB: 5,499 yuan (~RM3,629)
  • 12GB+512GB: 5,999 yuan (~RM3,959)
  • 12GB+1TB: 6,999 yuan (~RM4,620)

Pura70 Pro

  • 12GB+256GB: 6,499 yuan (~RM4,290)
  • 12GB+512GB: 6,999 yuan (~RM4,620)
  • 12GB+1TB: 7,999 yuan (~RM5,280)

Pura70 Pro+

  • 16GB+512GB: 7,999 yuan (~RM5,280)
  • 16GB+1TB: 8,999 yuan (~RM5,940)

Pura70 Ultra

  • 16GB + 512GB: 9,999 yuan (~RM6,600)
  • 16GB + 1TB: 10,999 yuan (~RM7,260)

(Untuk pembelian produk Huawei yang lain, layari kedai rasmi di Shopee atau Lazada).

Sumber: Huawei, GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
©2026 WISER.MY