Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor magicos 11

Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini

Diterbitkan September 17, 2026 ยท Dikemas kini September 17, 2026 oleh ariff bukhari

Honor baru melancarkan MagicOS 11 pada Persidangan Pembangun Global di Shenzhen.

Sistem operasi baharu ini memperkenalkan konsep Agent Harness pertama di dunia di mana ia dikatakan membolehkan AI memahami niat kompleks pengguna, mengingati rutin harian, serta melaksanakan tugasan secara automatik.

Dengan integrasi pintar merentas peranti, MagicOS 11 membawa pengalaman yang lebih lancar antara telefon, komputer, kamera dan sistem kereta.

Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini

MagicOS 11 memperkenalkan pembantu maya YOYO yang mampu mengurus lebih 100 langkah tugasan, meliputi 1,000 senario kehidupan dan menyokong 10,000 perkhidmatan pihak ketiga.

Fungsi seperti YOYO Task, YOYO Schedule Keeping, dan AI Call Assistant menjadikan urusan jadi lebih mudah dan teratur.

HONOR Magic9 Pro Max -design debut at Venice Film Festival
Honor Magic9 akan menjadi peranti pertama dengan MagicOS 11.

Dari segi reka bentuk, MagicOS 11 memperkenalkan kesan interaktif kaca cecair, seni bina Liuguang dan Hummingbird untuk prestasi aplikasi lebih lancar serta penjimatan tenaga.

Dengan pelancaran percubaan awal bermula Oktober 2026, MagicOS 11 akan ditawar secara berperingkat untuk peranti-peranti yang menyokongnya.

Berikut adalah senarai model telefon pintar Honor yang menyokong MagicOS 11:

Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini
Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • HONOR Magic9 Pro Max Bakal Dilancarkan Pada 28 September Ini Di China
  • HONOR X9e Pro Dengan Bateri 11,000mAh Akan Dilancar Di Malaysia 24 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY