Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HUAWEI Umum Mate XT 2 Ultimate Design, Telefon Pintar Pertama Guna Cip LogicFolding Tau Berharga ~RM11,599

Posted on September 8, 2026September 8, 2026

Huawei pada awal hari ini telah melancarkan Mate XT 2 | Ultimate Design di Guangzhou, China, telefon pintar pertama di dunia menggunakan LogicFolding Tau (τ) Chip.

Reka bentuk tri-fold uniknya diinspirasikan daripada estetika tradisional China, dengan kemasan Brocade Cloud dan cincin kamera kristal Yttrium yang berkilau seperti permata.

Dari segi ketahanan, Mate XT 2 hadir denganXuanwu Ultra-Durable Tri-Fold Architecture, perlindungan IP58/59 terhadap debu dan air, serta kaca Xuanwu Kunlun yang tahan calar.

Prestasi dipacu oleh cip Kirin 9050 Pro, meningkatkan kecekapan sehingga 42% berbanding generasi sebelumnya, lengkap dengan sokongan ray tracing masa nyata untuk pengalaman gaming yang lebih imersif.

Telefon ini juga dilengkapi Da Vinci NPU yang menyokong model AI besar seperti Pangu 30B-A2B MoE LLM.

Dari segi keselamatan, ia memperkenalkan Smart Shield Privacy Screen dengan perlindungan privasi tahap perkakasan, serta pemproses keselamatan mudah alih dengan kriptografi pasca-kuantum.

Mate XT 2 turut menawarkan fungsi kesihatan dengan perisian analisis ECG berdaftar sebagai peranti perubatan Kelas II di China.

Kamera True-to-Color 3.0 nya pula meningkatkan ketepatan warna sehingga 95%, disokong rakaman video HDR ultra-dinamik.

Telefon lipat ini juga menyokong kolaborasi pintar pelbagai sistem komunikasi dengan 32 antena teragih memastikan sambungan 5A yang lebih pantas.

Ia menyokong komunikasi satelit Tiantong dan pemesejan satelit Beidou, memastikan sambungan di mana-mana sahaja di dunia.

Dengan sistem operasi HarmonyOS 7, pengguna boleh membuka sehingga tiga tetingkap serentak untuk multitugas.

Ditawarkan pada harga RMB 19,999 (~RM11,599.00), jualan HUAWEI Mate XT 2 | Ultimate Design akan bermula 12 September 2026 di China dengan set stylus percuma.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress