Huawei Pasarkan 153 Juta Unit Telefon Pintar Sepanjang 2017

Sepanjang tahun 2017 berlangsung, Huawei telah memperkenalkan tidak kurang dari 20 model telefon pintar pelbagai segmen untuk pasaran serata dunia.

Di dalam mesej menjelang ketibaan tahun baru, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Huawei, Ken Hu, telah mendedahkan bahawa pengeluar ketiga terbesar di dunia itu sudah berjaya memasarkan 153 juta unit telefon pintar ke dalam pasaran.



Hasilnya,Huawei berupaya menjana keuntungan sekitar 600 bilion yuan dan ia merupakan peningkatan sebanyak 15% berbanding perolehan tahun 2016.

Berdasarkan rekod dari firma kaji selidik pasaran, IDC, Huawei mempunyai pegangan pasaran sebanyak 22.3 pada suku ketiga 2017 dan ia diekori rapat dua lagi jenama dari tanah besar China iaitu Vivo dan OPPO.

Antara pencapaian tahun 2017 bagi Huawei adalah penghasilan cip Kirin 970 bercirikan teknologi AI yang merupakan cipset pertama didunia dilengkapi dengan ciri seumpama itu. Huawei turut menyasarkan tahun 2021 mereka merajai pasaran dunia memintas Samsung dan Apple.

Sumber: GizmoChina