Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P20 Pro Hadir Dengan Empat Variasi Warna Terbaru

Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik

Diterbitkan September 27, 2018 oleh Haikel Areff

Huawei P20 Pro telah mencetus fenomena baru dalam industri telefon pintar apabila hadir dengan kamera utama tiga lensa. Ia sekaligus menjadikannya peranti yang menerima pengiktirafan sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik.

Bagaimanapun, P20 Pro berkemungkinan besar akan kehilangan status berkenaan tidak lama lagi. Peranti yang bakal mengambil alih, tidak lain dan tidak bukan, “saudara” mereka, Mate 20 Pro.

Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera TerbaikKredit : Weibo

Ia dijangka berlaku selepas keputusan ujian DxOMark  yang melibatkan beberapa peranti baru juga yang masih belum dilancarkan telah tertiris di laman Weibo, sebelum dikesan oleh pihak TechRadar.

Selain itu, model baru iPhone, Xs Max dan Xs pula dilihat masih gagal menyaingi kualiti kamera yang ada pada Huawei P20 Pro.

Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera TerbaikKredit : CNET

Malah peranti seperti Google Pixel 3, Mate 20 dan Xperia XZ2 Premium juga dikatakan berjaya mengatasi peranti premium dari Apple berkenaan.

Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Kita perlu menunggu sedikit masa lagi untuk menantikan pelancaran beberapa peranti dalam senarai tersebut untuk mengetahui keputusan rasminya.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY