Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P11 Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera 40MP Dibahagian Belakang, 24MP Kamera Selfie

Huawei P11 Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera 40MP Dibahagian Belakang, 24MP Kamera Selfie

Diterbitkan Disember 6, 2017 ยท Dikemas kini Disember 6, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pada masa kini tetapan dwi kamera ibarat fungsi wajib pada telefon pintar terutama sekali model flagship. Pertama kali dibawa ke pasaran oleh model LG Optimus 3D dan HTC Evo 3D pada tahun 2011, teknologi dwi kamera semakin dipertingkatkan prestasinya dari tahun ke tahun.

Terkini, telefon pintar P11 oleh Huawei , dipercayai akan dilengkapi bukan sahaja dua lensa kamera tetapi tiga lensa kamera utama dibahagian belakang. Dengan kehadiran tiga lensa itu, ia berupaya menghasilkan gambar pada resolusi 40MP dan 5 kali “zoom hybrid”.

Huawei P11 Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera 40MP Dibahagian Belakang, 24MP Kamera Selfie

Huawei juga tidak melupakan kamera selfie dimana dibahagian hadapan akan diletakkan lensa 24MP dengan penambahbaikan tangkapan gambar ketika pencahayaan rendah.

Lensa baru dari Leica dikatakan mampu mengambil gambar dengan 100% lebih cahaya dan bagi Pro Night Mode, ia akan memastikan pengguna mampu menghasilkan pemandangan waktu malam yang cantik tanpa bantuan tripod.

Aplikasi kamera juga mungkin akan dibantu dengan teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Sumber: Twitter Evan Blass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY