Huawei Nova 3 Primrose Gold Diberi Potonga Harga Sebanyak RM500

Penerimaan terhadap Huawei Nova 3 bagi pasaran tempatan boleh dikatakn hangat dan sebagai tanda terima kasih kepada peminat, Huawei dengan kerjasama Digi akan menawarkan ganjaran menarik.



Eksklusif untuk pengguna MyDigi Platinum, Huawei dan Digi sedia memberikan kod rebat bernilai RM 500 untuk pembelian Huawei Nova 3 Primrose Gold.

Peranti ini dijual pada tanda harga RM 1919, tetapi dengan promosi ini ia boleh dimiliki pada RM1419.

Promosi ini sudahpun berlangsung dan akan tamat pada 15 Oktober ini. Bagi pengguna MyDigi Platinum, anda boleh menebus kupon RM500 tersebut melalui aplikasi MyDigi dengan mengikuti langkah berikut.



  • Langkah 1 - Log masuk ke aplikasi MyDigi dan klik pada bahagian Reward

  • Langkah 2 - Pilih kupon RM500 dan kupon akan ditambah ke dalam MyRewards

  • Langkah 3 - Gunakan kod promosi dalam bahagian kupon diskaun untuk membeli HUAWEI nova 3 Primrose Gold


Bagaimana cara beli Huawei Nova 3 Primrose Gold menggunakan kupon RM500?



  • Langkah 1 - Terus pergi ke halaman jualan produk SINI dan pilih model Primrose Gold

  • Langkah 2 - Klik pada Buy Now dan log masuk untuk proses seterusnya

  • Langkah 3 - Masukkan kod kupon yang anda tebus daripada aplikasi MyDigi


Sekiranya anda pengguna Digi Platinum, jangan lepaskan peluang ini sementara ia masih dijalankan.