Huawei Nova 2S Sudah Diperkenalkan, Bawa Rekaan Dwi Kamera Selfie

Jika di Eropah Honor View 10 dan Honor 7X dirasmikan, Huawei pula mengumumkan model Huawei Nova 2S di tanah besar China tempoh hari.

Diperkenalkan sebagai telefon pintar flagship, model ini menghadirkan tetapan dwi kamera selfie pada bahagian hadapan dan beberapa ciri-ciri lain yang mampu mengujakan bakal pembeli.



Kalau dilihat dengan mata kasar, ia hampir mirip kepada Honor V10 tetapi sebenarnya terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. Huawei Nova 2S mengetengahkan ciri dwi kamera selfie dan juga dwi kamera utama di belakang tetapi menggunakan cip pemprosesan lama iaitu Kirin 960.

Bagi Honor V10 pula, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan baru tetapi dwi kamera hanya pada bahagian belakang sahaja. Jadi antara dwi kamera selfie dengan kuasa cip pemprosesan, manakah pilihan anda?

Berikut merupakan spesifikasi yang hadir pada Nova 2S.

  • Skrin paparan 5.99 inci dengan rekaan bingkai nipis dan bernisbah 18:9

  • Pengimbas cap jari dihadapan

  • 3 variasi - RAM 4GB/ 64GB memori, RAM 6GB/ 64GB memori dan RAM 6GB/ 128GB memori

  • Cip pemprosesan Krin 960

  • Slot kad MikroSD

  • Dwi kamera 16MP (RGB) + 20MP  (monokrom) dengan sokongan zoom dwi kamera.

  • Dioperasikan oleh EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo.

  • Sokongan NFC

  • Dwi sim Nano

  • Bateri 3340mAh yang mampu dicas penuh hanya dalam masa 2 jam.




Harga jualan berbeza mengikut variasi yang ditawarkan.

  • RAM 4GB/ 64GB memori - ¥2699 (~RM 1663.58)

  • RAM 6GB/ 64GB memori - ¥3399 (~RM 2095.04)

  • RAM 6GB/ 128GB memori - ¥3499 (~RM 2156.67)


Belum dapat dipastikan lagi bila penawarannya akan dibuat untuk pasaran Malaysia.

Sumber: GizmoChina