"Rethink Possibilities"
Pada awal pagi hari ini pihak Huawei telah mengesahkan tarikh pelancaran peranti premium terbaru mereka, Huawei Mate 30 Series.
Peranti tersebut akan dilancarkan pada 19 September di acara rasmi mereka yang akan berlangsung di Munich, Jerman. Ia diumumkan menerusi ciapan di laman Twitter rasmi mereka.
https://twitter.com/HuaweiMobile/status/1168071056701001735?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1168071056701001735&ref_url=https%3A%2F%2Famanz.my%2F2019216015%2F
Berdasarkan gambar acah yang dikongsikan, peranti ini mungkin dilengkapi dengan rekaan kamera berbentuk bulat, sama sepertimana gambar yang terdedah awal sebelum ini.
Acara pelancaran Mate 30 Series ini akan berlangsung 2 minggu selepas pameran IFA, Berlin, Jerman di mana cip pemprosesan Kirin 990 telah disahkan akan diperkenalkan di situ pada 6 September.
Cuma yang masih menjadi misteri sehingga kini adalah adakah Huawei Mate 30 Series akan dikuasakan oleh sistem operasi Harmony OS atau masih kekal dikuasakan Android? Sama-sama kita nantikan.
Berkaitan
- HUAWEI WATCH GT 4 Series Dilancar - GPS Lebih Tepat, Bateri Tahan Lebih Lama
- Syarikat China Bakal Kilangkan Bateri Kereta Elektrik Dengan Hayat Sehingga 130 Tahun
- HUAWEI Watch GT 4 Dilancar Bersama Watch Ultimate Design Dengan Harga RM13,999
- Siri Huawei P50 Dilancarkan, Hanya Menyokong Rangkaian 4G Sahaja
- Huawei Sanggup Menandatangani 'Perjanjian Tiada Intipan' Dengan Kerajaan Negara-Negara Lain
- HUAWEI nova 8i Dilancarkan, Menyokong Pengecasan Pantas 66W
- Jom "Raya Bergaya Bersama Huawei" Dan Rebut Promosi Bernilai Sehingga RM2,000
- OnePlus Nord 2T 5G Dilancar, Dikuasakan MediaTek 1300
- Huawei Berdepan Tuduhan Terbaru Dari A.S Dan Kali Ini Berkaitan Kecurian Harta Intelek Pula
- Basikal Elektrik Dengan Pedal Dari BMW Ini Mampu Bergerak Sejauh 300KM