Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Basikal Elektrik Dengan Pedal Dari BMW Ini Mampu Bergerak Sejauh 300KM

Basikal Elektrik Dengan Pedal Dari BMW Ini Mampu Bergerak Sejauh 300KM

Diterbitkan September 10, 2021 oleh ariff bukhari

Di pameran IAA Mobility yang berlansung di Munich, German baru-baru ini, pihak BMW Motorrad telah pertontonkan rekaan basikal elektrik konsep berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai BMW i Vision AMBY.

BMW i Vision AMBY merupakan basikal dengan pedal pengayuh serta dipacu oleh motor elektrik dengan 3 mod kelajuan.

Basikal Elektrik Dengan Pedal Dari BMW Ini Mampu Bergerak Sejauh 300KM

Sebagai sebuah basikal elektrik yang lengkap dengan pedal, BMW i Vision AMBY memerlukan kayuhan tetap daripada penunggangnya. Bermakna untuk menggerakkan basikal ini, penunggang masih perlu mengayuhnya sendiri.

Selepas dikayuh, barulah kuasa elektrik disampaikan kepada motor elektrik basikal tersebut.

Basikal Elektrik Dengan Pedal Dari BMW Ini Mampu Bergerak Sejauh 300KM

 

BMW mendakwa, basikal elektrik mereka ini mampu bergerak selaju 60km/jam menerusi 3 mod kelajuannya iaitu bermula dari 25km/jam di dalam trek, 45km/jam untuk bergerak di jalan bandar dan 60km/jam untuk lalun jalan lebar.

Basikal elektrik konsep ini dilengkapi dengan pek bateri 2,000 Wh yang terletak dibahagian tengah kerangka basikal.

Basikal Elektrik Dengan Pedal Dari BMW Ini Mampu Bergerak Sejauh 300KM

Untuk mengecas penuh bateri basikal ini, BMW memaklumkan ia akan mengambil masa selama 3 jam dan mendakwa ia boleh bergerak sejauh 300km pada kelajuan 25km/jam.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan dan teknologi seperti sistem brek ABS, lampu brek, pengimbas jarak apabila ada kenderaan hampir di belakang serta ketinggian tempat duduk yang boleh diubah secara automatik mengikut kesesuaian ketinggian penunggangnya.

Sumber: Electrek, BMW Blog,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY