Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-05-25 201609

Syarikat China Bakal Kilangkan Bateri Kereta Elektrik Dengan Hayat Sehingga 130 Tahun

Diterbitkan Mei 25, 2023 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat pengeluar bateri bagi kereta elektrik (EV) dari China, Gotion High-Tech telah mengumumkan pek bateri baharu yang dijadual akan memulakan pengeluaran besar-besaran pada tahun 2024.

Pek bateri baharu itu didakwa akan memberikan jarak sehingga 1,000km dengan sekali cas serta hayat bateri mencecah sehingga 2 juta km.

Untuk meletakkannya dalam konteks, purata kereta di Australia bergerak sekitar 15,000 km setahun.

Bermakna ia memerlukan pemanduan purata selama 130 tahun untuk mencapai jarak sejauh 2 juta km.

Syarikat itu berkata, bateri manganese doped L600 LMFP Astroinno yang dibangunkan mereka akan dapat melakukan 4,000 kitaran penuh pada suhu bilik dan pada suhu tinggi pula akan mendapat sebanyak 1800 kitaran dan lebih daripada 1500 kitaran dengan pengecasan pantas 18 minit.

 

Berkaitan

  • Persoalan Jangka Hayat Bateri Kenderaan Elektrik Akhirnya Terjawab
  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Beli Siri TV Neo QLED Samsung Baharu, Percuma Soundbar

Sumber: Driven

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY