Huawei Mengesahkan Tarikh Pelancaran Cip Pemprosesan Kirin 990

Cip paling berkuasa dari Huawei, khusus untuk telefon pintar premium mereka.


Huawei telah memuat naik video acah bagi cip pemprosesan terbaru mereka, Kirin 990. Dalam video acah yang bertajuk Huawei Kirin 990 Warm-up itu bukan sahaja mengesahkan nama siri bagi cip pemprosesan tersebut, tetapi juga turut mendedahkan tarikh pelancaran rasminya nanti.

Kirin 990 bakal dilancarkan pada 6 September 2019 nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=GJzcDAbm2gc

Tarikh itu juga adalah menyamai tarikh pameran IFA Consumer Electronic Unlimited yang bakal berlangsung di Berlin dari 6 September hingga 11 September 2019.

Malah Huawei juga turut mengumumkan acara khas mereka pada pameran tersebut.

https://twitter.com/HuaweiMobile/status/1163359999944470529

Jadi kemungkinan huawei akan melancarkan cip pemprosesan kirin 990 terbaru mereka ini di acara tersebut.

Sebagai pelopor utama dalam pembangunan teknologi sambunagn dan rangkaian5G, Kirin 990 dijangka akan menyokong teknologi 5G.

Buat masa ini, belum ada sebarang pendedahan tentang spesifikasi penuh Kirin 990. Para peminat telefon pintar khususnya jenama Huawei pastinya teruja dengan kehadiran Kirin 990 ini yang mahu melihat sejauh mana kemampuan cip pemprosesan paling berkuasa yang pernah Huawei bangunkan.

Sumber: Android Authority

Berkaitan