Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan Kilat Huawei – Diskaun Sehingga 70%, Anda Boleh Jimat RM4500

Huawei Sanggup Menandatangani ‘Perjanjian Tiada Intipan’ Dengan Kerajaan Negara-Negara Lain

Diterbitkan Mei 16, 2019 · Dikemas kini Mei 16, 2019 oleh ariff bukhari

Ia bagi membolehkan pemasangan teknologi rangkaian 5G Huawei di negara-negara tersebut.

Huawei, syarikat penyedia perkakasan komunikasi terbesar dunia dari China kini sanggup untuk menandatangani ‘perjanjian tiada intipan’ bersama beberapa negara seperti United Kingdom demi mendapatkan kepercayaan daripada kerajaan negara tersebut.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pengerusi Huawei pada persidangan perniagaan yang berlangsung di London baru-baru ini.

“We are willing to sign no-spy agreements with governments, including the UK government, to commit ourselves to making our equipment meet the no-spy, no-backdoors standard”

Liang Hua – Pengerusi Huawei Technologies Co., Ltd.

Ia adalah tindakan bagi mendapatkan keyakinan dan menghapuskan rasa ragu negara-negara lain terhadap teknologi 5G mereka.

Huawei ketika ini telah dituduh dan diragui tentang keselamatan pemasangan teknologi 5G mereka kerana disyaki mengintip kerajaan-kerajaan negara lain menerusi pemasangan teknologi tersebut

Walaubagaimanapun, Huawei telah menafikan dengan keras bahawa mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti risikan atau sabotaj menerusi teknologi yang dibangunkan mereka.

Antara negara yang menghalang teknologi 5G Huawei daripada dipasang di negara mereka ketika ini adalah seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY