HUAWEI nova 8i Dilancarkan, Menyokong Pengecasan Pantas 66W

Huawei telah pun melancarkan barisan produk flagship terbaru mereka hari ini. Salah satu daripadanya adalah model terbaru telefo pintar HUAWEI nova 8i.

Telefon pintar terbaru ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 662 dan menggunakan sistem operasi EMUI 11.0 yang berasaskan Android 10.

HUAWEI nova 8i ditawarkan dalam 3 pilihan warna menarik iaitu Moonlight Silver,Interstellar Blue dan Starry Black.

Walaubagaimanapun hanya satu varian sahaja ditawarkan di mana ia dimuatkan dengan RAM berkapasiti 8GB dan storan 128GB.

Manakala kapasiti baterinya pula adalah sebanyak 4,300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W.

Kapsyen: Pembeli yang membuat pra tempah HUAWEI nova 8i turut mendapat hadiah percuma berharga RM260.00 termasuklah set HUAWEI Entertainment, akses VIP 1 bulan HUAWEI Video, 1 bulan akses 200 GB storan awan HUAWEI, dan langganan VIP selama 3 bulan HUAWEI Music.


HUAWEI nova 8i yang berharga RM1,299.00 akan boleh dipra tempah seawal esok (7 Julai 2021) menerusi HUAWEI Store Online dan rakan stor HUAWEI yang terlibat seperti Lazada HUAWEI Flagship Store,Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi HUAWEI nova 8i, anda boleh layari laman rasmi Huawei.com/my.

Baca juga: HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini