Huawei Mate 30 Akan Dilengkapi Dengan Kirin 990 Yang Menyokong Rakaman Video 4K 60fps

Ciri yang ditunggu-tunggu peminat Huawei.


Walaupun pada tahun lalu Huawei menaik taraf cip pemprosesan Kirin 980 menjadi lebih pantas dan dibangunkan  menggunakan teknologi 7nm, tetapi ia mengecewakan ramai peminat mereka kerana Kirin 980 tidak menyokong rakaman video 4K pada kadar 60 bingkai sesaat.

Malah sedikit mengecewakan di mana model terbaru Huawei P30 yang dilancarkan pada tahun ini juga turut tidak menyokong kualiti rakaman tersebut.

Kapsyen: 3 kamera utama Huawei P30 yang dipadankan dengan Kirin 980 sebelum ini hanya mampu merakam video 4K 30fps sahaja.


Tetapi Kirin 990 yang bakal dilancarkan pada 6 September 2019 nanti mungkin akan menggembirakan para peminat Huawei. Dilaporkan Kirin 990 akan menyokong rakaman video 4K pada kadar 60 bingkai sesaat. Ia disahkan sendiri oleh pihak Huawei dan dijangka Kirin 990 akan dipadankan bersama Mate 30.

Malah khabar angin terbaru tentang Mate 30 juga mendakwa peranti premium terbaru Huawei itu akan dilengkapi dengan 4 kamera utama serta kapasiti bateri 4500mAh. Ia dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan.

https://twitter.com/ishanagarwal24/status/1165932869505581056?s=19

Sumber: Neowin

 

Berkaitan