Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mengalukan Nova 2S Di China Pada 7 Disember

Huawei Mengalukan Nova 2S Di China Pada 7 Disember

Diterbitkan Disember 5, 2017 oleh Wiser MY

Huawei sudah pun melancarkan peranti Nova 2i mereka di Malaysia dengan Hannah Delisha menjadi duta rasmi kepada peranti itu. Peranti kelas pertengahan itu menawarkan perkakasan yang baik dengan harga yang agak berpatutan.

Khabar angin mengenai peranti Nova seterusnya muncul dan Huawei nampaknya sudah mengesahkan akan kehadiran peranti tersebut itu nanti apabila sudah mula menghantar jemputan ke media tempatan di China untuk acara pelancaran rasmi peranti tersebut .

Huawei Mengalukan Nova 2S Di China Pada 7 Disember

Nama yang bakal digunakan oleh Huawei adalah Huawei Nova 2S dan mereka akan menggunakan strategi yang sama dengan mensasarkan perkakasan yang berkuasa dengan mengekalkan harga jualan di tahap kompetitif.

Peranti itu dikhabarkan akan menampilkan skrin paparan 6″ resolusi HD penuh dengan nisbah aspek 18:9. Untuk bahagian cip pula, peranti tersebut mungkin akan menggunakan cip HiSilicon Kirin 960 dan akan digandingkan bersama RAM 6GB.

Huawei Mengalukan Nova 2S Di China Pada 7 Disember

 

Untuk bahagian kamera pula, peranti itu akan mendapat kamera 20MP + 16MP di bahagian belakang dan gabungan 2 kamera 20MP untuk bahagian depan.

Huawei Mengalukan Nova 2S Di China Pada 7 Disember

Spesifikasi peranti telefon pintar ini masih lagi dalam samar-samar dan kita harus nanti sehingga tarikh 7 Disember nanti untuk saksikan kesahihan spesifikasi peranti ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY