Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei matepad 11.5 s 2

HUAWEI MatePad 11.5 S 2026 Kini Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM2,199

Diterbitkan April 3, 2026 oleh Amsyar Latif

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan tablet terbaharu mereka, HUAWEI MatePad 11.5 S 2026 untuk pasaran Malaysia. Tablet ini direka dengan fokus kepada penggunaan tanpa kertas (paperless) yang menggabungkan paparan PaperMatte, alat produktiviti gred PC, serta ekosistem aksesori yang diperkemas.

HUAWEI MatePad 11.5 S 2026 hadir dengan rekaan unibodi logam dengan ketebalan 6.1 mm dan berat 515 g. Ia dilengkapi paparan HUAWEI FullView 11.5-inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 144 Hz, serta nisbah aspek 3:2. Teknologi Ultra-clear PaperMatte Display pada peranti ini menggunakan punaran tahap-nano untuk mengurangkan silau dan pantulan cahaya bagi memberikan keselesaan visual semasa penggunaan jangka masa panjang.

huawei matepad 11.5 s 1

Dari segi produktiviti, tablet ini menyokong aplikasi HUAWEI Notes yang kini dipertingkat dengan ciri AI untuk penambahbaikan tulisan tangan dan pengecaman persamaan matematik. Ia turut menyokong aplikasi kreatif GoPaint, perisian WPS Office gred PC, serta Wondershare Filmora untuk penyuntingan video terus pada peranti. Pengalaman penggunaan dilengkapkan lagi dengan sokongan HUAWEI M-Pencil Pro dan Papan Kekunci Magnetik Pintar HUAWEI.

Bagi spesifikasi dalaman, peranti ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 8,800 mAh bersama seni bina pelesapan haba yang dipertingkatkan. Ia juga dilengkapi sistem pembesar suara pelbagai pemacu (multi-driver) dan kamera HD untuk kegunaan panggilan video serta pembelajaran dalam talian. Pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi melalui HUAWEI AppGallery.

huawei matepad 11.5 s 3

HUAWEI MatePad 11.5 S 2026 dijual pada harga RM2,199 dalam pilihan warna Green dan Space Grey. Pembelian boleh dilakukan melalui HUAWEI Experience Store, laman web rasmi, serta stor rasmi di Shopee, Lazada, dan TikTok.

Setiap pembelian disertakan dengan hadiah jualan pertama bernilai RM1,276 yang merangkumi HUAWEI M-Pencil generasi ke-3, tetikus Bluetooth, perisian WPS Office gred PC, dan jaminan waranti APAC selama setahun.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • HUAWEI Mate 80 Pro Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM3,999
  • Walaupun No.1 Di China, Pertumbuhan Pendapatan Huawei Perlahan Pada 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY