Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 20 Sah Dikuasakan Dengan Cip HiSilicon Kirin 980

Huawei Mate 20 Sah Dikuasakan Dengan Cip HiSilicon Kirin 980

Diterbitkan Ogos 17, 2018 oleh Haikel Areff

Setelah beberapa kali berlegar di dunia internet, akhirnya Huawei telah mengesahkan bahawa siri Mate 20-nya akan didatangkan bersama cip terbaru keluaran HiSilicon, Kirin 980. Ia diumumkan melalui satu kenyataan media hari ini(17 Ogos).

Kenyataan media itu menggunakan perkataan ‘siri’ lantas membangkitkan ura-ura bahawa kesemua model Mate 20 termasuk Pro dan Lite. Bagaimanapun, ia masih dipersoalkan kerana edisi Mate Lite biasanya hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding model biasa dan Pro.

Huawei Mate 20 Sah Dikuasakan Dengan Cip HiSilicon Kirin 980

Huawei juga mendakwa bahawa cip ini adalah merupakan cip 7nm untuk telefon pintar yang pertama dilancarkan ke pasaran. Mereka dijangka akan memperkenalkan siri Mate 20 ini pada bulan Oktober tahun ini.

HiSilicon Kirin 980 didakwa 20% lebih pantas dan 40% lebih efisyen berbanding cip sebelumnya, Kirin 970. Cip berkenaan digunakan oleh kebanyakan peranti perdana keluaran Huawei seperti P20 Pro, Mate RS dan Mate 10 serta beberapa peranti Honor seperti Honor View 10, Honor 10 dan Honor Play.

Huawei dijangka akan memperkenalkan cip berkenaan semasa acara IFA di Berlin yang akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin kita akan mendengar spesifikasi lengkap cip Kirin 980 ini pada acara itu nanti.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY