Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Kini Sudah Rasmi

Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Kini Sudah Rasmi

Diterbitkan Oktober 17, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Akhirnya penantian ramai pihak sudah sampai ke penghujung dengan pelancaran rasmi Huawei Mate 10 Pro serta Huawei Mate 10 yang bersiaran langsung dari bandaraya Munich, Jerman.

Disebut bakal mencabar nama besar seperti Samsung dan Apple, Huawei Mate 10 dilengkapi dengan cip pemproses yang mempunyai kecerdasan buatan (AI). Terdapat tiga versi dalam siri Mate 10 kali ini yang terdiri daripada Huawei Mate 10, Huawei Mate 10 Pro, serta satu edisi istimewa Porsche Design Mate 10.

Huawei Mate 10

  • Skrin paparan 5.9 inci LCD IPS dengan nisbah paparan 16:9
  • Kirin 970
  • RAM 4GB
  • Storan dalaman 64GB dengan sokongan memori tambahan kad MikroSD
  • Dwi kamera utama, 20MP + 12MP dengan lensa bukaan Leica f/1.6
  • Kamera swafoto 8MP
  • Bicu audio 3.5mm
  • Port USB-C
  • Kapasiti bateri 4000 mAh dengan teknologi pengecasan Huawei Super Charge yang berupaya mengecas sehingga 58% dalam tempoh 30 minit sahaja.
  • EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo 8.0

Huawei Mate 10 Pro

  • Skrin paparan 6 inci AMOLED  dengan nisbah paparan 18:9
  • Kirin 970
  • RAM 6GB
  • Storan dalaman 128GB
  • Dwi kamera utama, 20MP + 12MP dengan lensa bukaan Leica f/1.6
  • Kamera swafoto 8MP
  • Kalis habuk dan air
  • Tiada bicu audio 3.5mm
  • Kapasiti bateri 4000 mAh dengan teknologi pengecasan Huawei Super Charge yang berupaya mengecas sehingga 58% dalam tempoh 30 minit sahaja.

Kedua-dua model ini turut menawarkan fungsi Easy Projection dimana pengguna boleh membuat sambungan telefon ke komputer atau sebarang skrin paparan dengan hanya menggunakan kabel USB-C ke HDMI. Fungsi ini mirip seperti Samsung Dex tetapi tanpa penggunaan doc yang khusus.

Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Kini Sudah Rasmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY